VIDEO: Kereta Menteri Perpaduan Ditahan, Amaran Buat Waytha!

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Kereta Menteri Perpaduan telah ditahan oleh sekumpulan pemuda di hadapan sebuah sekolah di Tapah semalam bagi memberi amaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy bersabit isu ICERD.

Tindakan tersebut diketuai oleh lelaki bernama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tapah, Syed yang memberitahu tindakannya itu mewakili suara pengundi rakyat Tapah.

Syed meminta pemandu kereta tersebut turun dari kereta dan mahu surat dan amarannya disampaikan kepada Waytha supaya tidak mencuba mencabul hak orang Melay dan hak orang Islam.

Selain itu, Syed tidak mahu sesi perbincangan yang seperti dicadangkan oleh pemandu tersebut bersama Waytha memandangkan sikap Senator tersebut seakan degil untuk menerima nasihat dan teguran dari ramai pihak selepas isu ICERD menjadi perbahasan yang serius.

“Turunlah, janganlah takut! Turun! Menteri awak harus faham apa ini? Ini apa ini? Kita mahu beri surat, pastikan disampaikan, dia jangan cuba mencabul hak orang Melayu, hak orang Islam.

“‘No more‘ bincang. Tak ada makna dah!” kata Syed.

Syed juga meminta agar nasihatnya disampaikan supaya Waytha perlu belajar tentang Perlembagaan Persekutuan jika tidak memahami mengenai perpaduan di negara ini.

“Saya minta sampaikan ini sahaja. Make sure, tell your boss. Kalau dia tak belajar, suruh dia belajar Perlembagaan Persekutuan, Perkara 513.

“Tapi bila awak punya menteri, jaga portfolio perpaduan, cuba porak-perandakan perpaduan. Jadi buat sahaja kerja, jangan cari salah orang, jangan cari masalah. Pesan itu sahaja,” katanya dengan nada tegas.

Baru-baru ini tular di media sosial satu video lama Waytha Moorthy selaku pemimpin utama pertubuhan radikal Hindraf memburuk-burukkan Malaysia kepada negara luar. – Suara.TV

 

 

4 thoughts on “VIDEO: Kereta Menteri Perpaduan Ditahan, Amaran Buat Waytha!

  • November 20, 2018 at 8:16 pm
    Permalink

    Nk jadi hero ke samsing?? Mcmlah kuat sgt?? Pegirah?? Ni cara kuno dan bahlul?? Kenapa tk tahan semua menteri?? Sbb tu bungkus?? Samsing taik kutu rasuah lagi kuat? Poorah??
    Buat report polis..tangkap samsing taik unta tu??

    Reply
  • November 20, 2018 at 8:22 pm
    Permalink

    Rakyat makin mual muak meluat menyampah tgk sikap biadap tongong korang? Elok PH yg menang !@@ tahniah PH terbaik amanah wibawa tanpa samsing rasuah???

    Reply
  • November 20, 2018 at 8:24 pm
    Permalink

    Menteri sila repot polis??
    Samsing ni dulu nk jadi polis tapi tk lulus gempal gedempol sgt???

    Reply
  • November 20, 2018 at 8:26 pm
    Permalink

    Kepuh kecuh je lebih?? Pila mabuk??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.