VIDEO: Ahli AMANAH Bakar Sijil Keahlian, Baju Pakatan Harapan

SHAH ALAM – Tiga lelaki dipercayai ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) mengisytiharkan keluar daripada parti itu kerana tidak lagi percaya dengan hala tuju kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketiga-tiga lelaki itu turut melakukan ‘upacara’ membakar sijil keahlian parti dan baju t-shirt bagi membuktikan mereka benar-benar nekad mahu meninggalkan parti pimpinan Mohamad Sabu itu.

“Selamat tinggal Amanah…selamat tinggal Pakatan Harapan (PH). Kami sudah tidak berminat lagi,” kata mereka ringkas.

Bagaimanapun, tiada penjelasan terperinci yang dinyatakan mengapa mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan AMANAH yang juga sebahagian daripada gabungan parti pemerintah.

Video mereka melakukan ‘upacara’ tersebut mula tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi klip video tersebut, salah seorang daripada tiga lelaki itu sempat menayangkan sijil keahliannya bagi membuktikan dirinya ahli sah AMANAH, dari bahagian Baling, Kedah.

Tiada sebarang kenyataan daripada pemimpin Amanah mengenai perkara itu setakat ini. -SuaraTv

 

One thought on “VIDEO: Ahli AMANAH Bakar Sijil Keahlian, Baju Pakatan Harapan

  • November 20, 2018 at 10:04 am
    Permalink

    Baju je bakar?? Lain tkde??cerdik lah sangat2..??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.