Produk Filem Dinasihat Rujuk Pakar Agama

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan pihak produksi melantik pakar agama terdahulu sebelum menghasilkan sebuah filem yang bertemakan Islam.

Katanya ia bagi mengelakkan isu sensitif khususnya melibatkan tentang agama dibangkitkan dan menjadi kontreversi.

“Saya mencadangkan supaya dilantik konsultan Syariah agar perjalanan satu-satu filem yang membawakan tema sebegini, dapat mengelakkan sebarang isu-isu sensitif melibatkan agama.

“Sebaiknya, rujukan kepada konsultan Syariah dilakukan sejak dari awal pembikinan skrip sehinggalah selesai penggambaran keseluruhan filem.

“Kami juga mencadangkan kepada produksi agar meletakkan penjelasan pada awal filem atau pada addendum berkenaan kesamaran dalam jalan cerita (mungkin sengaja diletakkan pada subteks) yang mungkin terdedah kepada salah faham terhadap agama,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau yang maklum tentang kegusaran segelintir masyarakat berikutan beberapa watak dan babak dalam filem Polis Evo 2 yang didakwa memburukkan imej Islam dan menyamakan Islam sebagai pengganas berkata ianya tidak sebegitu.

Setelah menonton filem itu Zulkifli berkata ianya hanya mengetengahkan fahaman fanatik sesat yang berisiko mengancam negara.

“”Filem ini menimbulkan sedikit kegusaran segelintir masyarakat berikutan beberapa watak dan babak yang seolah-olah memburukkan imej Islam dan menyamakan Islam sebagai pengganas.

“Watak antagonis seperti Hafsyam (Hasnul Rahmat) tidaklah menampakkan beliau sebagai seorang pengganas atas nama Islam secara mutlak kerana tidak ada dialog atau babak yang klise dalam menggambarkan teroris atas nama agama seperti bertakbir dan menggunakan apa-apa ayat al-Qur’an atau hadis.

“Watak Hafsyam digambarkan sebagai pemimpin ajaran sesat yang tegar merokok, mengedar dadah, kejam, akhlak bermasalah, tidak ada langsung babak solat dan lain-lain babak yang boleh menguatkan keyakinan kita bahaw beliau adalah benar-benar seorang pengganas atas nama agama,”jelasnya.-SuaraTv

2 thoughts on “Produk Filem Dinasihat Rujuk Pakar Agama

  • November 20, 2018 at 8:33 pm
    Permalink

    Tkde mutu pun filem?? Syok sendiri je?? Mual muntah menyampah elok simpan je dlm tong sampah?? Slot semua mual muak?? Tgk filem tamil cina lagi bagus??

    Reply
  • November 20, 2018 at 8:35 pm
    Permalink

    Tkde mutu pun filem?? Syok sendiri je?? Mual muntah menyampah elok simpan je dlm tong sampah?? Slot semua mual muak?? Tgk filem tamil cina lagi bagus?? Bolih berus lah??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.