Penagih Dadah Yang Tolak Lebih Baik Dari Menteri Terima ICERD

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menyatakan penagih dadah yang menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) lebih baik daripada menteri yang menerimanya.

Kenyataan tersebut sebagai respons kepada dakwaan Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mengenai ICERD bukan isu yang nyata melibatkan kaum Melayu dan Islam, sebaliknya dadah merupakan masalah utama buat Malayu terutamanya melibatkan negeri pantai timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Menteri kata, isu dadah lebih utama dari ICERD. Saya kata, penagih tolak ICERD lebih baik dari menteri yang terima ICERD,” katanya ringkas.

Semalam, Raja Kamarul dalam satu kenyataan turut mempersoalkan mengapa pemimpin Umno dan Pas tidak menjelaskan kepada rakyat bahawa ratifikasi ICERD tidak membawa makna selagi tiada pindaan terhadap Perlembagaan. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.