Jangan Emosi Terhadap ICERD, Guna Saluran Betul – Mujahid

PUTRAJAYA – Jangan emosi, itu kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkaitan tentangan terhadap cadangan rakyat untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Katanya lagi segala pandangan dan cadangan perlu disalurkan menerusi saluran yang betul.

“Jika mereka mahu berhimpun, dan bercakap pandangan mereka silakan. Jangan guna emosi ini untuk menggugat dan mengancam isu agama dan perakaunan.

“Kalau mereka main isu perkauman dan agama, isu ini akan menjadi isu emosi dan rapuh mungkin pihak tertentu boleh ambil kesempatan seperti golongan ekstremis untuk merosakkan negara ini,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada perhimpunan besar-besaran membabitkan penyertaan ahli PAS dan UMNO yang akan diadakan di ibu negara pada 8 Disember ini.

Ahad lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu berucap pada Himpunan Perpaduan Ummah di pekan Kampung Gajah, Perak dilapor berkata, perhimpunan itu bertujuan menyatakan bantahan orang Melayu dan Islam terhadap tindakan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan mahu meratifikasi atau mengesahkan ICERD.

Awal bulan ini, Mujahid mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak bagi membincangkan isu berkaitan ICERD.

Mujahid berkata pertemuan bersama 34 individu yang mewakili 10 badan bukan kerajaan (NGO) Islam, mahasiswa, ahli akademik serta peguam semalam berjalan lancar.

Namun beliau didakwa gagal memberikan ruang berdialog dan saling bertukar-tukar pandangan sebaliknya, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata pertemuan hanya komunikasi sehala. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.