Elak PH Menang, PAS Umum Bantu Kempen Calon BN Di PRK Dun Rantau

KUALA LUMPUR — PAS mengumumkan akan menggerakkan jenteranya untuk turun membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mustaffa Daharun berkata PAS memberi laluan kepada BN bertanding di kawasan tersebut bagi memastikan kerusi itu tidak dimenangi Pakatan Harapan (PH).

“Siapa juga calon Umno kita akan sedia bantu. Jika ada arahan meminta untuk kita membantu, kita akan membantu, tiada masalah.

“Apa yang pasti kita mahu menangkan calon daripada blok pembangkang, dalam memastikan ada semak dan imbang yang sempurna pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Itu adalah lebih penting kerana kita tidak mahu kerajaan PH rasa mereka sudah terlalu hebat,” katanya, dipetik dari laporan Sinar.

PRK DUN Rantau terpaksa diadakan dalam tempoh terdekat selepas Mahkamah Tinggi pada Jumaat lalu membatalkan kemenangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) di kerusi berkenaan.

BN memutuskan mencalonkan kembali Tok Mat bagi mempertahankan kerusi tersebut. – SuaraTV

One thought on “Elak PH Menang, PAS Umum Bantu Kempen Calon BN Di PRK Dun Rantau

  • November 20, 2018 at 7:05 pm
    Permalink

    Rakyat diluar lebih bijak cerdik dari korang yg tungkus lumus nk kalahkan PH?? Buatlah apa pun tetap tewas junam kalah teruk??? PAS gabung silap besar sbb nama da rosak teruk lagi dinyahkan..dipinggir rakyay yg telah tertipu selama ini!! Tk caya tengoklah tetap PH teguh kukuh kuat dipilih rakyat!! PH jujur wibawa amanah tanpa rasuah???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.