Bekas Model Bercita-Cita Jadi PM, Disahkan Maut Di Syria

PETALING JAYA – Seorang model kacukan Malaysia Australia yang pernah dinobatkan sebagai “Malaysia’s Most Eligible Bachelor” terbunuh di Syria 2 tahun lalu ketika bertempur bersama kumpulan militan IS, lapor akhbar Australia.

Herald Sun berkata Amir Millson terbunuh pada 2016 selepas terpijak periuk api di Syria, ketika dia membawa pejuang IS di bahunya.

Ibu Millson adalah rakyat Malaysia. Dia belajar dalam jurusan komunikasi massa di Universiti Curtin di Perth sebelum pulang ke Malaysia, di mana dia dinobatkan sebagai Malaysia’s Most Eligible Bachelor oleh majalah Cleo Malaysia pada 2010.

Pada usia 27, dia menjadi model sambilan dan bercita-cita menjadi pengacara televisyen.

Dalam temu bual dengan Cleo, katanya, dia mahu menjadi perdana menteri.

Millson kemudian berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, tetapi bercerai.

Pada 2014, dia mula berpandangan radikal, di mana seorang kawannya memberitahu ia adalah “proses beransur-ansur” dia berubah menjadi penyokong IS.

Tahun berikutnya, Millson, memuat naik gambar dirinya sebagai pejuang bersenjata di Syria.

“Kami mendengarnya apabila dia mati. Dia membawa seorang pejuang dibahunya ketika dia terpijak periuk api. Itu yang berlaku,” kawannya memberitahu Herald Sun.

Organisasi Perisikan Keselamatan Australia pada September mengesahkan Millson terbunuh semasa berjuang untuk kumpulan pengganas. – FMT

One thought on “Bekas Model Bercita-Cita Jadi PM, Disahkan Maut Di Syria

  • November 20, 2018 at 7:11 pm
    Permalink

    Militan pengganas bodoh bahlul apa yg korang buat selama ini?? Rakyat insan yg tk berdosa jadi mangsa semoga allah swt laknat hancurkan korang?? Apa pun tk dapat ??
    Hiduplah dgn kebodohan yg tk bolih diajar tk bolih ditegur? Tkde yg sedih pun??? Alfatihah buat kau sebagai umat islam..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.