Wanita Muda Ini Terkejut Apabila Mendapat Tahu Jutawan Berusia 68 Tahun Yang Dikahwininya Adalah Datuknya Sendiri

Tidak menjadi masalah untuk mencari pasangan melalui internet, tetapi kaji dahulu latar belakang calon jodoh kita itu. Jangan-jangan dia saudara kita sendiri.

Itulah yang dilalui oleh seorang wanita berusia 24 tahun dengan jutawan berusia 68 tahun ini.

Semasa mencari profil wanita cantik di internet, jutawan itu jatuh hati dengan seorang wanita muda berusia 24 tahun.

Jutawan yang enggan namanya didedahkan itu berasa aneh sejurus selepas melihat gambar wanita itu.

“Rasanya seperti déjà vu, tetapi saya tidak pasti mengapa wajahnya seperti biasa dilihat,” katanya kepada Florida Sun Post.

Mereka kemudiannya memutuskan untuk menjalinkan hubungan dan beberapa bulan selepas itu, jutawan berkenaan melamar wanita yang telah memikat hatinya itu.

Menurutnya, perkahwinan mereka adalah hari yang terbaik dalam hidupnya.

Tiga bulan kemudian, wanita yang telah menjadi isterinya itu menemui gambar zaman kanak-kanak ayahnya dalam album gambar suaminya.

Dia terkejut apabila mengetahui hakikat bahawa bapanya adalah anak sulung  kepada suaminya.

Selepas siasatan lanjut, jutawan itu ternyata telah menceraikan isteri pertamanya dan semua anak-anaknya dibawa oleh isterinya ke tempat yang tidak diketahuinya.

Jutawan itu cuba mencari isterinya dan anak-anaknya, tetapi tidak pernah mendapat sebarang maklumat.  Dia kemudian berkahwin lagi dan mempunyai anak, tetapi akhirnya turut bercerai.

Walaupun sudah bercerai, dia dan bekas isterinya yang kedua itu masih berkomunikasi dengan baik.

Apabila jutawan itu memenangi loteri, dia kemudian membeli sebuah rumah yang indah di Golden Beach Miami.

Tetapi kehidupannya di rumah besar itu sunyi tanpa kehadiran orang yang dicintainya. Dia kemudian mencari pasangan melalui internet.

Jutawan itu menemui wanita yang difikirkannya sesuai untuknya tanpa mengetahui bahawa wanita terbabit adalah cucunya sendiri.

Meskipun mengetahui fakta tersebut, kedua-dua mereka memutuskan untuk tetap bersama sebagai pasangan suami isteri dan bukannya datuk dan cucu.

“Jika kami tidak tahu fakta ini, pasti kami akan terus hidup bersama dengan gembira. Saya telah dua kali bercerai, saya tidak mahu bercerai buat kali ketiga,” katanya.

Sebelum bertemu dengan datuknya, kehidupan cucunya itu juga tidak begitu baik. DIa pernah dihalau oleh ayahnya kerana hamil anak luar nikah. Wanita itu kemudian berpindah ke Jacksonville dan menjadi penari eksotik.

Sehingga akhirnya dia menjumpai seorang lelaki yang bagus yang boleh mengubah hidupnya.

Dia mendaftar dalam agen temu janji untuk mencari kehidupan yang lebih baik, terutamanya untuk membiayai anaknya.

“Setiap pasangan mesti berbeza dan mempunyai keistimewaan mereka sendiri. Ikatan saya dengan suami saya sangat kuat sehingga sesuatu seperti ini tidak cukup untuk memisahkan cinta kami,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.