Terlebih Makan Durian, Saharul Ridzwan Masuk Hospital

Pelakon Saharul Ridzwan menerusi akaun Instagram (IG)nya memuat naik entri sedang terlantar sakit di hospital.

Pada ruangan kapsyen, Saharul memberitahu dia menghadapi masalah kesihatan akibat durian serta salah memilih kawan.

“Sakit itu penghapus dosa, tetapi kalau diri sendiri yang cari penyakit, macam mana? Semua sebab salah pilih kawan, tak ada emoji durian,” tulisnya, petik Gempak.

Di ruangan komen peminat Saharul mendoakan agar pelakon itu segera sembuh dan kembali sihat seperti biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.