Raja Bomoh Pergi Kelas Agama, Siti Kasim Disiasat – Jamil Khir

KUALA LUMPUR — Tindakan yang diambil terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan atau melakukan perbuatan menghina serta mengelirukan mengenai Islam tidak terhad kepada perundangan sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebaliknya kata beliau ada tindakan lain yang diambil oleh institusi agama Islam seperti mengikuti kelas agama yang dikenakan ke atas ‘Raja Bomoh’ Ibrahim Mat Zin oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, lapor Bernama.

“Dalam konteks Siti Kasim, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah pun ambil tindakan.

“Kertas siasatan telah dibuka dan pihak berkenaan telah dipanggil,” katanya.

Beliau menjawab soalan yang dibangkitkan peserta berhubung tindakan diambil kerajaan terhadap individu seperti Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim yang dilaporkan kerap mengeluarkan kenyataan menghina dan mengelirukan mengenai Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.