Penduduk Cuci Dosa Dengan Pesta Tahi Lembu

AGENSI – Sekumpulan lelaki menyertai ritual kuno berusia 250 tahun yang memerlukan mereka membaling tahi lembu sesama sendiri di Gomatapura, India.

Menurut Agensi, golongan lelaki akan menanggalkan baju dan hanya berseluar pendek sebelum berjalan ke kawasan yang telah dipenuhi tahi lembu sedalam 1.2 meter untuk memulakan ritual kuno itu, petik Kosmo.

Mereka kemudian akan mengepal tahi lembu dalam bentuk bebola dan membalingnya sesama sendiri sebagai tindakan yang dianggap menebus dosa yang dilakukan oleh nenek moyang masing-masing.

Tradisi purba itu dikatakan telah berusia 250 tahun dan disambut selepas perayaan Diwali, kebiasaannya setiap penghujung Oktober.

Kampung Gomatapura terletak di antara negeri Karnataka dan Tamil Naddu, selatan India. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.