Masalah PPBM Dan DAP Punca Tak Boleh Daftar?

PUTRAJAYA – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohammad hari ini mendakwa bahawa tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengantung sementara pendaftaran Pakatan Harapan (PH) adalah disebabkan masalah dalaman yang dialami Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP.

Menurut beliau, sekiranya itu alasan penggantungan, maka pihaknya perlu dimaklumkan ebih awal agar masalah yang berlaku di dalam dua parti berkenaan dapat diselesaikan.

“Kami diberitahu itu hari ni mengenai masalah di antara Dap dan PPBM.

“Kalau diberitahu awal kami boleh selesaikan masalah. Itulah yang saya tanya, kalau ada masalah lain tolong beritahu,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Pakatan pembangkang itu menghantar permohonan kepada ROS pada Julai dan telah bersetuju menukar logo.

Justeru Mahathir mengesa agar keputusan mengenai pendaftaran PH itu dimaklumkan dengan segera supaya ia dapat diselesaikan menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kami mahu supaya parti campuran ini didaftar secepat mungkin kerana kita memerlukan masa untuk melakukan persediaan PRU.

“Kalau diberi keputusan seminggu sebelum atau dua minggu sebelum PRU, ia tidak mencukupi.

“Jadi nampak pegawai faham dan mereka menyatakan bahawa kelewatan itu adalah kerana masalah  PPBM dan DAP,” ujarnya.

Kehadiran Mahathir ke Kementerian Dalam Negeri turut ditemani oleh Presiden Parti Amanah Negara  (PAN), Mohamad Sabu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.