Trump Bayar Pampasan RM110 Juta, Kes Penipuan Universiti

NEW YORK – Bakal Presi­den Amerika Syarikat (AS), Do­nald Trump semalam bersetuju membayar AS$25 juta (RM110 juta) bagi menyelesaikan tuntutan undang-undang membabitkan universiti beliau yang didakwa menipu pelajar.

 

 

Beberapa tuduhan yang dikemukakan oleh bekas pelajar Uni­versiti Trump mendakwa, me­reka terpedaya dengan cara pemasaran agresif pihak pengurusan institusi pengajian tinggi itu sedangkan pro­gram latihan yang ditawarkan tidak diiktiraf.

 
Menurut pertu­duhan itu yang dikemukakan di New­ York dan California, pelajar terpaksa membayar seba­nyak AS$35,000 (RM154,192.50) untuk mendaftar dalam program berkenaan dengan harapan mereka akan berjaya dalam bidang hartanah yang diajar oleh pakar terpilih.

 
Peguam yang mewakili Trump pula berkata, banyak pelajar lepasan universiti tersebut berjaya dalam program itu, tetapi mereka yang gagal perlu menya­lahkan diri sen­diri.

 
Namun, dalam keadaan bakal Presi­den itu nampaknya mahu segera menyelesaikan perkara tersebut ketika beliau sedang membentuk Kabinet untuk ke White House, satu perjanjian telah dicapai.

 

 

Peguam Negeri New York, Eric Schneiderman berkata, pemberian pampasan oleh Trump ituadalah satu kemenangan besar kepada lebih 6,000 mangsa pe­nipuan universiti tersebut.

 
“Saya gembira mengetahui setiap mangsa akan menerima ganti rugi dan Trump juga perlu membayar sebanyak AS$1 juta (RM4.4 juta) penalti kepada New York kerana melanggar undang-undang pendidikan negeri,” katanya.– AFP/Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.