Kementerian Pertimbang Haramkan Vape Di Universiti

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan penggunaan vape di kampus-kampus universiti awam di seluruh negara.

 

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata, kementerian melalui Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menjalankan kajian menyeluruh mengenai amalan vape itu yang kini menjadi budaya dalam kalangan penuntut universiti.

 

Katanya, pertimbangan itu selepas mendapat taklimat daripada pakar dari UKM mengenai amalan vape yang bukan saja memberi kesan kesihatan tetapi juga sosial, lapor Berita Harian.

 

“Kajian ini akan mengambil masa kira-kira enam bulan dan hasilnya nanti akan saya bentangkan kepada Kabinet,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum dan Mesyuarat Meja Bulat Pegawai Jaminan Kualiti Muda ASEAN 2015.

 

Idris berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan naib canselor semua universiti awam mengenai perkara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.