Video: Mas Idayu Mengamuk Viral Di Media Sosial

Kuala Lumpur – Gara-gara dikritik seorang peserta ujibakat Mentor Legend, penyanyi dangdut yang juga salah seorang mentor untuk program nyanyian tersebut, Mas Idayu mengamuk teruk sehingga mendapat kecaman orang ramai.
Video penyanyi berkenaan bertikam lidah dengan peserta yang menjalani ujibakat untuk menjadi anak didiknya, Erdy Sofian, 22, kini menjadi viral di internet.

Puncanya, Erdy yang tidak berpuas hati dengan penilaian Mas Idayu yang mempertikaikan nyanyian, bertindak membalas kembali kritikan penyanyi berkenaan dengan mengatakan wanita itu juga tidak mempunyai suara yang sedap.
Sesi bertikam lidah itu menyaksikan Mas Idayu hilang pertimbangan sehingga meninggikan suara kepada Erdy, yang hanya kelihatan sempoi memperlekehkan kebolehan wanita tersebut.
Berikutan tersebarnya video tersebut, ramai yang mengecam tindakan penyanyi dangdut itu yang dikatakan melebih-lebih sehingga meninggikan suara, dan bukan cara sepatutnya seorang ‘guru menegur murid’.
Di laman sosial Facebook, pelbagai komen dilontarkan untuk mengecam penyanyi wanita berkenaan. Antaranya, ada yang mengatakan Mas Idayu tak boleh sewenang-wenangnya memperbodoh-bodohkan orang lain seperti mana yang dilakukan kepada muridnya sebelum ini.
Ada yang mengatakan, Mas Idayu memang patut disedarkan kerana bertindak agak melampau.
Namun, tidak kurang juga ada menyokong tindakan Mas Idayu yang hanya mempertahankan diri disebabkan Erdy yang memulakan perbalahan sehinggakan bertindak kurang ajar mempertikaikan keputusan penyanyi wanita berkenaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.