Piala AFF: Dollah Tarik Nafas Lega Muslim Boleh Beraksi

PETALING JAYA: Sedikit kelegaan buat pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh apabila pemain pertahanannya, Mohd Muslim Ahmad boleh beraksi pada Piala AFF Suzuki bermula 23 November ini.

Muslim dilayangkan kad merah ketika aksi perlawanan persahabatan di Vietnam Ahad lalu.

Namun hukuman denda gantung permainan yang diterima pada aksi itu hanya akan digunakan pada perlawanan persahabatan seterusnya.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) bahawa hukuman ketika aksi persahabatan tidak diguna pakai pada perlawanan Piala AFF kerana ia kejohanan berlainan.

“Sudah tentu berita ini memberi kelegaan pada saya dalam persediaan memantapkan lagi barisan pertahanan.

“Jadi saya boleh gunakan khidmat Muslim pada perlawanan pertama nanti bergandingan dengan Mohd Afiff Amiruddin, Fadli Shas dan Shukor Adan,” jelasnya Dollah yang akur dengan kehilangan dua pemainnya, Mohd Aidil Zaquan Abdul Razak dan R. Gopinathan kerana kecederaan lutut.

-mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.