Perokok Alami Masalah Mental – Dekan Falkuti Farmasi

Kuala Lumpur – Golongan perokok dikategorikan dalam kelompok pesakit yang mengalami masalah mental kerana ketagihan yang sangat tinggi.

Perkara itu dinyatakan oleh Dekan Fakulti Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan, Prof Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed, lapor Utusan Online.

Beliau dilapor sebagai berkata, perokok mempunyai masalah mental kerana mengalami ketagihan berpanjangan yang berulang.

Sementara itu, Mohamad Haniki juga mengingatkan perokok bahawa merokok bukan sahaja membawa kesan buruk kepada kesihatan malah kajian pada 2010 mendapati ia mengandungi darah babi.

“Selain itu, sebagai seorang Islam, kita juga perlu sedar bahawa hasil kajian pada 2010 menunjukkan penggunaan darah babi dalam penghasilan rokok,” jelasnya seperti yang dilaporkan Utusan Online.

Menurutnya lagi, dalam kajian terbaru menunjukkan rokok mengandungi kira-kira 7,000 bahan kimia berbahaya dan 70 daripada bahan itu adalah penyebab bagi penyakit kanser.

Jelasnya lagi, penyakit berbahaya seperti sakit jantung, kanser dan strok juga adalah disebabkan oleh tabiat merokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.