Penyokong Terlalu Gembira, Kejayaan Ivory Coast Kecoh

Anggota keselamatan memukul seorang penyokong yang meluru masuk ke dalam padang selepas perlawanan tamat.

AKIBAT terlalu ghairah dengan kejayaan Ivory Coast layak beraksi dalam Piala Negara-negara Afrika, suasana di Stadium Abidjan kecoh sehingga menyebabkan kerosakan padang.

Kejayaan itu hadir selepas Ivory Coast seri 0-0 ketika menerima kunjungan Cameroon.

2

 

Dalam perlawanan penuh dramatik itu, penyerang harapan Cameroon, Mbia dibuang padang sekaligus memberi kelebihan untuk pasukan tuan rumah memastikan kedudukan mereka dalam saingan tersebut yang bakal bermula Januari tahun depan.

Suasana stadium kecoh apabila pengadil menamatkan perlawanan – penyokong meluru masuk ke dalam padang untuk meraikan kejayaan itu bersama pemain.

3

Berikutan itu, berlaku suasana tegang antara penyokong dan pasukan keselamatan stadium yang bertindak memukul kumpulan berkenaan.

Terdapat penyokong yang bergayut di palang gol sehingga rosak manakala segelintir mereka menyerbu pemain.

4

Antara pemain yang menjadi tumpuan ialah Gervinho dan Yaya Toure. Bagaimanapun tiada pemain yang mengalami kecederaan.

5

 

Ivory Coast akan mengiringi Cameroon yang telah layak lebih awal untuk beraksi kejohanan tersebut.

 

6

7

 

-mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.