Isteri Eizlan Fail Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai

Kuala Lumpur – Semalam umum dikejutkan dengan berita mengenai keretakan rumah tangga Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun apabila isteri pelakon itu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Vie Santie, 28, memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Semalam, mahkamah menetapkan 13 Januari depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta kedua-dua pihak hadir bersama saksi.

Bagaimanapun, pasangan itu tidak hadir pada prosiding sebutan kes.

Laman Instagram Eizlan pula kali terakhir gambar dikemaskini empat hari lalu.

Malah beberapa keping gambar yang dimuat naik tidak pula menunjukkan tanda-tanda rumah tangganya sedang bermasalah.

Gambar beliau dan isteri turut dimuatkan termasuk ketika menghadiri malam graduasi anak perempuan mereka, Vie Zaara selain bersantai di sebuah premis makanan.

Pasangan ini berkahwin pada 7 Julai 2007 dan sudah dikurniakan tiga cahaya mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.