Guru Mati Pucuk Bebas Dakwaan Rogol Kanak-Kanak

Seremban – Seorang guru dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Datuk Anita Harun membuat keputusan itu terhadap Mohd Faddil Abdul Rahman, 39, selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Anita berkata, mahkamah mengambil kira keterangan saksi ketiga iaitu pakar andrologi yang menyatakan tertuduh mengalami masalah mati pucuk ketika kejadian rogol itu didakwa berlaku.

Mohd Faddil dilihat melakukan sujud syukur selepas hakim membuat keputusan.

Dia sebelum ini didakwa merogol kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun, di sebuah rumah di Seremban 3 di sini, pada 14 dan 15 September tahun lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Pendakwaaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam John Fernandez.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.