Denda RM12,000, Syarikat Gagal Laksanakan Gaji Minimum Kepada 4 Pekerja

Shah Alam – Sebuah syarikat penyimpanan rekod didenda RM12,000 Mahkamah Majistert Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah terhadap 12 pertuduhan gagal melaksanakan gaji minimum kepada empat pekerjanya, Ogos lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Norshakinah Ahmad Kamaruddin terhadap Regalia Records Management Sdn Bhd.

Mahkamah juga memerintahkan penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Syarikat itu yang diwakili Pengurus Besar Sumber Manusia mengaku bersalah gagal membayar gaji minimum yang ditetapkan iaitu RM900 pada April, Mei dan Jun lalu kepada empat pekerja warga asingnya.

Kesalahan itu dilakukan di No 6, Jalan Astaka U8/84, Bukit Jelutong Business And Technology Centre, Shah Alam dekat sini pada 13 Ogos lalu.

Pendakwaan di buat mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

Pegawai Pendakwa Jabatan Buruh Selangor Siti Nur Alifah Hairudin bertindak mewakili pendakwaan.

– Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!