CLIXSTER Meterai Perjanjian MVNO Baru Dengan Enabling Asia Tech

Kuala Lumpur – Clixster Mobile Sdn Bhd (Clixster) hari ini telah menandatangani satu perjanjian sebagai Operator Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) baru dengan Enabling Asia Tech Sdn Bhd (Enabling Asia), yang merupakan syarikat Penyepadu Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNA), yang mempunyai rangkaian kerjasama dengan U Mobile Sdn Bhd.

Clixster dan Enabling Asia akan mula menyediakan perkhidmatan mudah alih di Malaysia dari tarikh 20 November 2014.

Dengan termetrai perjanjian ini, ianya akan memberikan kemudahan kepada Clixster untuk berkembang dengan lebih pesat dan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dari segi nilai tambah perkhidmatan.

Sehubungan itu, semua pelanggan Clixster sedia ada digesa untuk menukar kad sim yang digunapakai sekarang, kepada kad sim baharu. Penukaran kad sim boleh dilakukan di mana-mana wakil penjual Clixster atau menghubungi talian khas 01122113311, atau SMS / Whatsapp / Wechat ke 01122114411atau layari laman portal www.clixster.my/upgrade.

Clixster merupakan jenama talian telefon mudah alih 3G dan 4G terbaru yang memasuki pasaran industri telekomunikasi Malaysia yang beroperasi di bawah status Pengendali Rangkaian Talian Mudah Alih Maya (MVNO).

Clixster Mobile turut menjalin kerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, ANGKASA, yang bernaung di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, KPDNKK dengan mewujudkan Program My-Coop Clixster.

Projek My-Coop Clixster menawarkan perkhidmatan talian telefon mudah alih untuk kegunaan ahli koperasi secara pra-bayar dan pasca-bayar. Mula berada di pasaran sejak Julai 2012, merupakan Komuniti Internet Mudah Alih terbesar di Malaysia dan juga sebagai talian rasmi kepada 8.4 juta ahli ANGKASA.

Kolaborasi eksklusif ini telah membuka peluang dan platform perniagaan kepada badan- badan koperasi di bawah ANGKASA untuk menambah pendapatan ahli dan badan-badan koperasi selaku Master Key Dealer, Dealer dan Reseller produk My-Coop Clixster dengan bertindak sebagai agen pengedar dan penjual kad sim serta tambah nilai talian telefon mudah alih Clixster.

Setakat ini, talian mudah alih Clixster mempunyai rangkaian pusat tambah nilai berjumlah lebih 13 ribu pusat di seluruh Negara menerusi terminal Clix2pay, E-pay, Mobility One, Pay- Quick dan juga menerusi perbankan elektronik CIMB Click, Bank Rakyat, Public Bank dan RHB Now.

Antara rangkaian pusat tambah nilai Clixster paling mudah ialah menerusi stesen minyak Petronas, Shell, BHP, Petron, Caltex dan Esso, 7Eleven, pusat membeli-belah Tesco, Giant, Econsave, The Store, AeonBig, Village Grocer, H&L Supermarket, Rangkaian Kedai Happy Mart, D’Mart, Seng Heng, Fotodata, Ayamas, Kayu Nasi Kandar, OnKing, Pernama, Sony dan lain-lain lagi rangkaian kedai yang menggunakan terminal E- pay.

Produk My-Coop Clixster bukan hanya terhad kepada perkhidmatan tradisional selular, tetapi juga kandungan aplikasi khusus untuk kepentingan ahli-ahli ANGKASA serta alternatif dagangan mudah alih untuk barangan dan perkhidmatan kepada pelanggan yang sedang dibangunkan termasuk pertanyaan akaun, pengeluaran dan deposit wang, pembelian, pembayaran serta pelbagai aplikasi NFC berasaskan pengesanan, keahlian, program kesetiaan dan transaksi.

Clixster Mobile juga menyediakan kemudahan perkhidmatan pembayaran atas talian (Bayaran Melalui Telefon, Perbankan, E-Tiket, E-Perniagaan, E-Wallet, E-Bonus dan Program Kesetiaan) untuk transaksi Clixster sebagai kad keahlian secara digital menggunakan imbasan NFC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.