Bas Ekspres Terbabas, Rempuh Besi Penghadang Jalan

Betong – Sebuah bas ekspres membawa 39 penumpang terbabas sebelum merempuh besi penghadang bahu jalan di Skrang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuching ke Tebedu di kawasan sempadan Sarawak – Kalimantan Barat, sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beberapa penumpang yang kebanyakannya warga Indonesia mengalami kecederaan ringan dan trauma susulan kejadian berkenaan.

Difahamkan, penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Betong bagi mendapatkan rawatan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.