Anak-Anak Will Smith Mengaku Bosan Pergi Sekolah

New York – Anak kepada kepada pelakon terkenal Will Smith iaitu Jaden dan Willow Smith mengakui tidak suka pergi ke sekolah kerana menganggap ia perkara paling membosankan dalam hidup mereka.

Daily Mail melaporkan pasangan adik beradik itu menjelaskan mereka tidak pernah mendapat sebarang ilmu ketika ke sekolah dan mengambil keputusan untuk belajar daripada rumah.

“Saya sempat pergi ke sekolah selama setahun dan itu adalah pengalaman terburuk saya kerana tempat tersebut membuatkan saya tertekan,” kata Jaden dalam satu wawancara.

Willow pula memberitahu dia tidak pernah mendapat sebarang kebaikan kerana pelajar diasak tanpa henti dengan pelbagai perkara dan ia tidak pernah berkesudahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.