Sekat naratif Islamofobia guna jenama Gelombang Hijau

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa parti Islam itu untuk mengekang naratif Islamofobia yang menggunakan jenama ‘Gelombang Hijau’ untuk menakutkan kalangan bukan Islam.

Ini termasuk pihak tertentu terhadap prestasi PAS yang berjaya mencapai kerusi terbanyak dalam kalangan semua parti politik, di samping berjaya menawan dan mentadbir beberapa kerajaan negeri.

“PAS menerima kerjasama dan persefahaman dengan bukan Islam yang tidak bersifat ekstrem.

“PAS juga tidak melarang dan membuka jalan kepada mereka untuk mengkaji ilmu Islam, membaca al-Quran dan ilmunya dengan panduan dan kawalan, cumanya Al-Quran tidak boleh diterjemahkan dan ditafsirkan sewenang-wenangnya tanpa ilmu yang berkait
dengannya, sama ada penganut Islam ataupun bukan Islam yang mengkaji al-Quran.

“Semuanya diwajibkan mengikuti ilmu dan disiplinnya,” kata Hadi.

Dalam perkembangan lain, Hadi juga memaklumkan, PAS telah menjalankan post-mortem untuk melihat aspek kelemahan yang perlu diperbaiki dan aspek positif yang perlu dikekalkan dan ditingkatkan.

“Aspek kelemahan yang dikenal pasti adalah kelemahan menarik sokongan pengundi bukan Islam dan bilangan gabungan kerusi yang belum mencukupi untuk membentuk kerajaan walaupun berlaku peningkatan yang mendadak.

“Aspek positif pula adalah mengekalkan sokongan pengundi muda, kekuatan media sosial, prestasi kerajaan negeri, imej bersih dan bebas rasuah, penambahan ahli dan cawangan, kesediaan jentera dan kualiti calon,” ujar Hadi lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat