UMNO perlu ada rasa tanggungjawab , Cakap Mesti Serupa Bikin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan, berkata UMNO perlu ada rasa tanggungjawab dalam mempastikan agenda rakyat menjadi keutamaan parti tersebut supaya pandangan rakyat terhadap UMNO masih relevan.

Jelas beliau, terlalu banyak spekulasi dan mainan politik berlansung, ramai pengamal media politik menekankan perlunya memfokus kepada rakyat, fokus kepada isu Covid-19, dan mendahulukan ketenteraman negara.

“Dalam era politik masakini, cakap mesti serupa bikin, Jika hanya cakap tidak mahu berpolitik 24 jam tetapi tindakan sebaliknya daripadanya,

“Rakyat akan tambah meluat kepada orang politik,” tulis beliau dalam facebooknya.

Ujarnya lagi, UMNO perlu ada rasa tanggungjawab untuk cakap serupa bikin dimana masa dan keringat kita perlu menitik beratkan kepada urusan-urusan berkaitan rakyat.

Dalam situasi politik terkini, Shahril berkata kita mesti berfikir, berbahas, berbincang soal dasar dan pembangunan pro rakyat dalam jumlah yang sama banyak daripada masa yang diluangkan untuk bermain politik. Masalah urusan taktikal politik seperti agihan kerusi, hendak berkawan dengan siapa, hendak jawatan apa, hendak dominasi apa dan macam macam lagi persoalan yang sejujurnya kurang diendah rakyat.

“Jika tidak semua pun, pemimpin-pemimpin parti mesti ada pendirian dan daya pemikiran dalam berhubung urusan-urusan kenegaraan,

“Kalau tidak, kita tidak ubah seperti full-time politician yang hanya memikirkan kepentingan parti semata-mata untuk memuaskan cita-cita kuasa politik,

“Ini adalah resipi kepada penolakan rakyat, terutamanya orang muda yang majoritinya tidak ada kesetiaan kepada mana-mana individu atau parti,” ujarnya.

Oleh sebab itu, penjenamaan dari segi tawaran baru perlu dilakukan oleh UMNO supaya UMNO masih dilihat relevan memperjuangkan semua golongan rakyat.

Menurutnya lagi, UMNO perlu melihat dua kelompok pengundi seperti pengundi yang tiada kesetiaan parti dan pengundi sinis yang tidak mahu mengundi pada PRU kerana marah kepada semua pengamal politik.

Walaupun UMNO mempunyai pengundi tegar parti, dua kelompok tersebut banyak menentukan keputusan PRU secara keseluruhannya.

“Mereka lazimnya muda, lazimnya tidak terbabit mana-mana parti dan bukan mengikuti perkembangan politik dengan teramat rapat,” tegasnya. -SuaraTV

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat