Syarikat Terlibat Dengan Dakwaan Zahid Akan Disiasat

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat syarikat-syarikat yang terlibat dalam pendakwaan rasuah dan salahguna kuasa Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki.

“Kami akan siasat siapa juga yang terlibat dalam perbuatan rasuah, setakat ini sebuah syarikat menyatakan mereka tidak terlibat… terpulang kepada mereka untuk menyatakan.

“Penjelasan akan dibuat oleh MACC, hanya jika siasatan kami menunjukkan syarikat itu tidak terlibat dalam sebarang perbuatan rasuah, mereka tiada melakukan kesalahan,” katanya hari ini.

Ahmad Zahid menghadapi 45 pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 semalam.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan Anggota Parlimen Bagan Datuk itu diikat jamin RM2 juta bagi kesemua pertuduhan itu.

Semalam, Datasonic Group Bhd menafikan syarikat memberi suapan kepada Zahid ketika menjadi Timbalan Presiden UMNO untuk kontrak pembekalan 12.5 juta cip passport.

Terbaru, MyEG Services Bhd dan Lembaga Pengarahnya memaklumkan tidak disiasat SPRM atau menjadi pihak yang terlibat dalam siasatan yang membawa kepada dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.-SuaraTv

2 thoughts on “Syarikat Terlibat Dengan Dakwaan Zahid Akan Disiasat

  • October 20, 2018 at 8:33 pm
    Permalink

    Ada kemungkinan parti rosak dulu ada simpan dana atau pihak2 komponen simpan atau miliki sumber wang curi ..dana mesti pulangkan semula?? Sbb korang terlampau tamak haloba guna wang rakyat sesuka hati..songlap!! Jackel ..mydin mgkn ada kaitan?? Sila siasat ramai lagi yg terlibat..parti yg rosak musnah hancur rasuah..?.. rosak teruk !! Sbb wang jadi kiblat ..pegangan ..ikutan ..malu marah sedih duka nestapa sikap tamak haloba parti korup…??

    Reply
  • October 20, 2018 at 8:36 pm
    Permalink

    Korang perosak segala semuanya…kau tipu seluruh rakyat malaysia yg undi kau dulu!! Semoga hidup korang tak aman sentosa!! Tanggunglah dosa korang pd rakyat!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.