Rita Terkilan ‘Dilaga’ Zahirah

KUALA LUMPUR- Rita Rudaini kecewa dengan dakwaan yang tercetus pelakon wanita itu cemburukan Zahirah Macwilson.

Mengaku terkeju dituduh enggan menjalinkan kerjasama dengan Zahirah bagi sebuah acara anugerah, sedangkan dirinya tidak pernah mengenali pelakon terbabit secara dekat.

“Saya ditanya, betulkah saya ada masalah dengan seorang pelakon. Kemudian saya tanya, siapa pelakon itu? Apabila diberitahu nama Zahirah, saya terkejut.

“Tiada sebab untuk saya bersikap sedemikian dengan Zahirah kerana saya belum pernah menjalinkan kerjasama dengannya atau mengenali dirinya dengan dekat,” kata Rita.

Tegasnya juga, dia bukanlah artis yang suka mencari publisiti menerusi khabar angin merapu.

“Apakah orang yang suka buat fitnah dan reka cerita tak betul boleh tidur dengan lena? Tidakkah mereka berasa bersalah dengan mengada-adakan cerita? Apakah mereka bahagia apabila menyebarkan berita palsu?

“Saya tidak mahu hidup dengan cerita kontroversi atau tak masuk akal. Mungkin sesetengah artis perlukan publisiti sebegitu, tetapi bukan saya. Sejak awal saya berlakon, niat saya cuma satu iaitu mahu mencari rezeki,” katanya.

Rita berharap, perkara itu tidak dibangkitkan lagi bagi mengelakkan namanya dan Zahirah, 23, terjejas.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.