Kelantan Sokong Hadkan Jawatan Mb

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyokong saranan Perdana Menteri untuk menghadkan jawatan itu di peringkt negeri dalam tempoh dua penggal sahaja.

Beliau menambah, bersedia untuk berkhidmat hanya untuk waktu yang dihadkan namun jelasnya tugas kepada rakyat perlu ditunaikan.

“Kita (kerajaan negeri) tiada masalah jawatan Menteri Besar dihadkan. Nak satu penggal atau dua penggal ke, yang penting kita guna jawatan itu untuk berkhidmat serta bantu rakyat.

“Kerajaan akan memberi yang terbaik kepada semua rakyat,” katanya dalam sidang media di Majlis Kesyukuran Sambutan 28 Tahun Membangun Bersama Islam di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini, hari ini.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) pada Khamis lalu yang mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri kepada dua penggal sebagai langkah segera kerajaan untuk mereformasi sistem politik.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu adalah sebagai menghormati mandat diberikan rakyat untuk Pakatan Harapan (PH) melakukan perubahan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.