‘Doakanlah Bekas PM, Najib Sentiasa Dalam Keadaan Baik’

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia mengutuskan surat terbuka ke Star Paper mengajak seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam keadaan sihat dan baik sebagai penghargaan biar pun Najib sudah tidak memerintah negara ini.

“Sebagai penghormatan kepada kerja-kerja baik Datuk Seri Najib yang lalu untuk negara ini, marilah kita berharap PM kita tetap dalam keadaan baik. Bersyukurlah untuknya kerana semua pengabdiannya kepada negara kita,” kata pengutus surat yang tidak menyatakan namanya.

Dalam surat itu, dia mengingatkan semua pihak banyak sumbangan dari segi sosial dan ekonomi yang telah Najib taburkan sepanjang menjadi PM selama sembilan tahun sekali gus memberikan kemudahan kepada orang ramai.

Ia termasuk pembinaan Light Rail Transit (LRT) di Lembah Klang dan penubuhan Pusat Transformasi Bandaraya (UTC) yang menempatkan agensi-agensi kerajaan dalam satu bangunan di pusat bandar.

“Kepada semua sahabat saya, rakyat Malaysia, marilah kita ingat semasa sembilan tahun Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, beliau telah menyumbangkan banyak jasa kepada sosial-ekonomi Malaysia. Ini termasuklah sistem LRT di Lembah Klang dan pusat UTC yang menempatkan agensi kerajaan dalam satu bangunan beroperasi lebih dari had masa kerja juga ketika hujung minggu. Ia memberikan banyak kemudahan kepada orang ramai,” tulisnya.

Selain itu, penulis tersebut juga mengingatkan jasa Najib yang membuat perancangan membina lebuh raya terpanjang menghubungkan Sabah dan Sarawak selain East Coast Rail Link yang membawa pembangunan ke luar bandar.

“Datuk Seri juga merancang projek lebuh raya Pan Borneo sepanjang 2325 kilometer dari Sabah ke Sarawak dan 688 kilometer East Coast Rail Link yang akan membawa pembangunan ke daerah luar bandar,” tambahnya.

Malah, di penghujung surat terbuka itu, penulis mengingatkan dengan sepotong ayat ‘Jika ada antara kita tidak pernah rasa berdoa, maka pergilah. Atas alasan apa pun kita menilai seseorang, kita telah menilai diri sendiri’.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.