Video: Armada PPBM Tidak Wujud, Dakwa Bekas Exco

PUTRAJAYA – Bekas Exco Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohamad Taufik Abas hari ini mendakwa bahawa Armada sebenarnya tidak wujud dalam parti tersebut.

Menurut beliau, dakwaannya itu berasaskan kepada perlembagaan parti itu yang mana tidak menyebut mengenai Armada.

“Penggunaan Angkatan Bersatu Anak Muda atau ARMADA tidak ada dalam perlembagaan parti,”katanya ketika ditemui media di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Dan Parti Politik Putrajaya (ROS) di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, dakwaan itu semakin kukuh apabila beliau membuat carian rasmi di ROS.

“Perkara ini berlaku setelah saya membuat carian rasmi di ROS untuk melihat kembali kepada macam mana pemecatan saya itu,

“Tetapi saya terkejut apabila saya tengok, ARMADA dan angkatan Bersatu anak muda itu tidak wujud dalam perlembagaan,”ujarnya.

TIndakan ini dakwanya lagi merupakan satu bentuk penipuan dan pemerdayaan terhadap golongan muda yang menyokong parti berkenaan.

“Selama ini kita percaya apabila kita diberi dengan perlembagaan yang dipinda tetapi tidak mendapat kelulusan ROS.  Saya hairan kenapa benda seperti ini boleh berlaku dan ini merupakan scam yang terbesar,”katanya.

Terdahulu, berlaku sedikit kekecohan pada sidang media tiga bekas exco Armada Parti Pribumi Bersatu (PPBM) di hadapan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Dan Parti Politik Putrajaya (ROS), pagi tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.