Terkunci Sendirian Dalam Bank, Pemuda Disiasat Polis

GEORGE TOWN ― Seorang pemuda terperangkap dua jam dalam sebuah bank sewaktu mahu mengeluarkan wang daripada mesin ATM semalam.

Lelaki berusia 20-an itu tidak sempat keluar ekoran pintu bank di I Avenue, Bukit Jambul di sini tertutup secara automatik pada jam 12 tengah malam.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat Bayan Baru tiba di lokasi kejadian pada 12.49 malam berusaha mengeluarkan mangsa.

“Sebaik tiba, mangsa ditemui terperangkap seorang diri di bahagian pengeluaran wang,” kata seorang jurucakap bomba.

“Kerja-kerja menyelamat dijalankan dengan memotong kabel pada pintu. Mangsa ditemui dalam keadaan selamat pada pukul 2.05 pagi.”katanya, lapor Kosmo.

Menurutnya lagi, kakitangan bank dan anggota polis turut berada di tempat kejadian. Pemuda itu kemudian diserahkan polis untuk siasatan lanjut. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.