Suami Terserempak Jururawat Rogol Mayat Isteri

Alangkah terkejutnya seorang suami yang masih bersedih dengan kematian isterinya apabila melihat mayat isteri dia diperkosa oleh jururawat lelaki dalam kejadian di Hospital de Clinicas di La Paz, Bolivia, Isnin lalu.

Memetik Metro.uk, kejadian menjijikkan itu berlaku ketika si suami yang berusia 28 tahun mahu menuntut jenazah isterinya di bilik mayat selepas selesai membuat pembayaran bil hospital.

Sebaik sahaja sampai ke bilik mayat, duda itu melihat jururawat lelaki yang dikenali sebagai Grover Macuchapi, 27, sedang merogol mayat isterinya, yang mana identiti mereka tidak didedahkan, lapor MD.

Portal tersebut melaporkan berang dengan tindakan biadab suspek, si suami bertindak memukul jururawat itu.

Si suami dilaporkan berkata: “Saya melihatnya (memperkosa) dan terus memukulnya. Dia melakukan pergerakan (sambil) seluarnya dalam keadaan terlondeh.”

Timbalan Pengarah Anti-Jenayah Bolivia, Douglas Uzquiano berkata ketika kejadian mayat wanita itu baharu dipindahkan kira-kira sejam ke bilik mayat.

“Si suami kembali dan mendapati lelaki berusia 27 tahun itu merogol mayat isterinya. Suspek melakukan jenayah nekrophilia,” kata memetik agensi berita antarabangsa itu.

Susulan insiden tersebut, pihak polis telah menahan suspek dan sedang meneliti hukuman terhadap Macuchapi.

Sementara portal Mirror.co melaporkan, suspek memberitahu bahawa dia tidak menyedari perbuatannya itu sehinggalah merasakan seseorang memukulnya dari belakang.

 “Ada sesuatu yang telah berlaku dan ianya seperti mimpi. Apa yang saya ingat selepas itu, saya terasakan dipukul dari belakang ketika suami kepada mendiang memukul saya,” katanya.

Pendakwa berkata Macuchapi tidak boleh didakwa melakukan jenayah nekrophilia kerana kesalahan itu tidak wujud di bawah undang-undang Peru.

Bagaimanapun, pakar undang-undang masih meneliti buku perundangan dengan tujuan mencari tuduhan lebih serius yang boleh membawa kepada hukuman yang lebih berat terhadap suspek atas jenayah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.