SKMM Dan Polis Siasat Penjualan Data Peribadi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis sedang menyiasat laporan bahawa data peribadi milik berjuta-juta rakyat Malaysia yang disyaki diperolehi secara tidak sah dijual dalam talian.

“Sebagai langkah pencegahan, pihak SKMM telah meminta pentadbir laman sesawang lowyat.net untuk menurunkan iklan penjualan tersebut.

“Pentadbir laman sesawang tersebut telah memberi kerja sama menurunkan iklan serta artikel yang berkaitan.

“SKMM menggesa agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga pihak berkuasa melengkapkan siasatan,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.

Lowyat.net semalam melaporkan bahawa data peribadi, termasuk 50 juta masukan dari pelbagai syarikat telekomunikasi, dijual dalam talian.

Ia berkata data itu termasuk nama pelanggan, alamat, nombor telefon bimbit, nombor kad sim dan nombor MyKad pelanggan.

Kebocoran data itu dipercayai berlaku antara 2012-2015.

Data lain yang dijual termasuk nama, ID login, kata laluan, alamat e-mel, kewarganegaraan, alamat dan nombor telefon mudah alih dari laman web iklan pekerjaan, serta data peribadi doktor.-Malaysiakini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.