Sharifah Shahirah ‘Buat Onar’ Di Lapangan Terbang

Rakaman video pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah menyamar sebagai pramugari di syarikat penerbangan Firefly dan membuat ‘onar’ di sebuah lapangan terbang tular di media sosial.

Video yang dihasilkan oleh Maxman TV itu telah mendapat lebih 14,000 perkongsian, 1.3 juta tontonan, 15,000 likes dan lebih 2,000 komen di Facebook sejak dimuat naik dua hari lalu, lapor Gempak.

Dalam rakaman itu, Sharifah Shahirah, 43, menyamar sebagai seorang petugas di kaunter penerbangan dan melayan penumpang yang ingin mendaftar bagasi.

Malah, pelakon wanita itu juga membuat pengumuman penerbangan di lapangan terbang tersebut menggunakan ajukan suara penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Ella dan King Coco.

Tidak cukup di lapangan terbang, Shahrifah Shahirah turut menjadi anak kapal dalam sebuah penerbangan tempatan dan melakukan rutin demonstrasi keselamatan pesawat dalam aksi mencuit hati.

Pelbagai reaksi penumpang yang berada di lapangan terbang terbabit sempat dirakamkan namun reaksi Sharifah Shahirah yang terkejut melihat suaminya, Ijoy berada dalam penerbangan sama mendapat lebih perhatian netizen.

Maxman TV merupakan saluran percuma di Youtube yang sering merakamkan video secara eksperimentasi sosial, aksi luar biasa di depan khalayak umum dan pelbagai siri ‘prank’.

Selain Sharifah Sakinah, rakaman prank pelakon Alvin Chong memasukkan kucing ke dalam mesin basuh di sebuah pusat mencuci pakaian dan pelawak Shahrol Shiro dipukul ketika menjadi gelandangan antara yang paling tinggi ditonton di Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.