Pulau Pinang Anjur Forum Ops Lalang Zaman Mahathir

GEORGE TOWN – Forum dan tayangan pendek memperingati Ops Lalang 1987 akan diadakan di Hotel Eastern and Oriental bersempena ulangtahun ke-30 peristiwa itu, pada 28 Oktober.

Dianjurkan oleh kerajaan Pulau Pinang, acara bakal menampilkan pimpinan parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan berwacana mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sudah dimansuhkan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata forum itu akan membincangkan mengenaii undang-undang lain seperti ISA dan langkah ke depan memastikan hak asasi dan kebebasan sivil untuk semua.

Ahli panel termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, Presiden Amanah Mohammad Sabu dan ketua biro undang-undang Pakatan Harapan Gobind Singh Deo.

Ketika ditanya sama ada Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai acara itu, Lim berkata bekas perdana menteri itu tidak dapat menyertai mereka pada hari itu.

“We wanted to invite him but he had another function, so he cannot make it,” Lim said today.

Meskipun begitu, persoalan mengenai ISA dan Dr Mahathir akan disentuh dalam forum itu, katanya.

Minggu lepas, kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mahu mengundang Dr Mahathir dan bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar untuk bercakap di acara memperingati Ops Lalang di ibu negara, 28-29 Oktober ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.

Kerajaan melancarkan Ops Lalang pada 27 Oktober 1987 bagi menghalang pergaduhan kaum, dan menyaksikan 106 orang ditangkap, kebanyakannya ahli politik dan aktivis.

Menteri dalam negeri ketika itu, Dr Mahathir, didakwa meluluskan tindakan keras itu bagi menyembunyikan masalah dalaman Umno selepas menang tipis dalam pemilihan presiden parti.

Sehari selepas tangkapan itu, menteri dalam negeri menarik lesen 4 akhbar – The Star dan Sunday Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan.

Lim hari ini walaupun ISA dimansuhkan, beberapa undang-undang sepertinya mengehadkan kebebasan, kesaksamaan dan keadilan yang dijanjikan Perlembagaan Persekutuan.

“Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan) dan Poca (Akta Pencegahan Jenayah) terus menyekat rakyat Malaysia daripada melaksanakan hak asasi.

“Di zaman ini tidak ada ruang untuk penahanan tanpa bicara. Undang-undang seperti itu yang diperkuatkan oleh pentadbiran Najib menunjukkan ikrar kesederhanaan dan kebebasan BN cuma pura-pura apabila undang-undang seperti Poca dan Sosma diluluskan,” katanya. – Fmt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.