PFP Lapor SPRM, Dakwa Ahli Majlis PBT Salah Guna Kuasa

PULAU PINANG – Penang Front Party (PFP) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di sini berhubung tindakan seorang Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini yang didakwa menyalahgunakan kuasa dari tahun 2008 hingga 2015.

Menurut Pengerusinya, Datuk Patrick Ooi, individu berusia 40-an itu dipercayai menyalahgunakan kuasanya untuk mendapatkan beberapa projek yang mencecah bilion ringgit sebelum diserahkan kepada syarikat yang mempunyai hubungan dengannya.

Dakwanya, hasil tindakan itu yang turut melibatkan beberapa lagi penjawat awam negeri ini, lelaki berkenaan akan mendapat imbuhan berbentuk ‘gaji’ dan elaun.

“Sehubungan itu, kita meminta SPRM menyiasat perkara ini kerana kita mempunyai bukti kukuh termasuk saksi yang bersedia mendedahkan penglibatan pemimpin lelaki berkenaan,” katanya ketika ditemui di luar pejabat SPRM di sini pagi tadi. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.