Pencuri Kebas Barangan Mariah

PENYANYI Mariah Carey kerugian USD50,000 (RM211,000) selepas rumahnya dipecah masuk pencuri di Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.

Sumber polis memberitahu rumah Mariah dipecah masuk kira kira jam 3 pagi (6 petang waktu Malaysia).

Pencuri terbabit dipercayai masuk melalui tingkap atau pintu tingkat bahagian atas kediaman terbabit apabila tangga ditemui di belakang rumahnya.

Agak mengejutkan perompak terbabit gagal melarikan banyak barangan berharga milik penyanyi terbabit.

Portal TMZ melaporkan antara barangan dicuri adalah dompet serta beberapa cermin mata hitam bernilai lebih USD50,000 (RM211,000).

Bagaimanapun, Mariah digelar ‘Mimi’ menyatakan dia kehilangan 10 barangan secara keseluruhan.

Ketika kejadian Mariah berada di New York City (NYC).

Biarpun kemasukan pencuri terbabit mencetus bunyi penggera keselamatan namun pihak pengawal keselamatan hanya menyedari pecah masuk itu selepas tiga atau empat jam kemudian.

Polis masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian itu.

Kes rumah artis dipecah masuk di sekitar Los Angeles kian menjadi jadi kebelakangan ini.

Sebelum ini beberapa nama artis terkenal seperti Jason Derulo, Alanis Morissette, David Spade, Emmy Rossum dan Scott Disick turut melalui kejadian sama.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.