Pelarian Ini Akhirnya Serah Diri Dan Bawa Sedozen Donat Setelah Kalah Bertaruh Dengan Polis Di FB

Michael Zaydel terpaksa menyerah diri setelah kalah bertaruh dengan polis di Facebook.

Michael yang berstatus pelarian di Michigan, Amerika Syarikat berjanji akan menyerahkan diri kepada polis jika status polis di Facebook mengenai surat perintah penahanannya ‘dikongsi’ lebih 1,000 kali.

Lelaki berusia 21 tahun itu juga berjanji kepada Polis Bandar Redford (RTPD) akan membelikan sedozen donat jika mereka memenangi pertaruhan itu.

Image result for Michael Zaydel

“Saya tak bimbang. Jika status anda mendapat 1,000 ‘share’ saya akan menyerah diri dengan membawa satu dozen donat dan itu janji saya,” kata Michael melalui akaun Facebooknya.

Ternyata, status yang dimuat naik RTPD itu telah ‘dikongsi’ lebih 1,000 kali oleh netizen. Ini bermaksud Michael harus menyerahkan dirinya dengan membawa donat dan roti.

“(Michael) Zaydel menepati janjinya untuk menyerahkan diri kepada RTPD,” demikian kenyataan polis.

“Dia datang sendirian, dan dia bukan hanya membawakan donat tetapi juga bagel untuk kami!.

“Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menyokong dengan ‘share’ status kami dan memberikan hasil positif,” tambah RTPD.

Setelah menyerahkan diri, Michael Zaydel dijatuhi hukuman penjara selama 39 hari selepas mengaku bersalah melanggar pembebasan bersyaratnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.