New Zealand Dapat Perdana Menteri Termuda

WELLINGTON – Pemimpin pembangkang New Zealand, Jacinda Ardern bakal menjadi Perdana Menteri semalam selepas calon bebas, Winston Peters menyokong wanita berumur 37 tahun itu membentuk kerajaan.

Keputusan Peters dibuat selepas kerajaan dan pembangkang gagal memperoleh majoriti dalam pilihan raya umum pada 23 September lalu.

Sokongan ahli politik tersebut membolehkan Parti Buruh pimpinan Ardern mempunyai bilangan kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan campuran.

“Kami memilih perubahan sebab itu kami menyokong Parti Buruh untuk membentuk kerajaan,” kata Peters kepada wartawan.

Pemimpin berumur 72 tahun itu turut memuji Ardern yang berjaya mengubah nasib Parti Buruh apabila beliau menjadi ketuanya beberapa minggu sebelum pilihan raya diadakan.

Ardern akan menjadi Perdana Menteri New Zealand paling muda sejak tahun 1856 dan Perdana Menteri wanita ketiga kepada 4.6 juta penduduk negara itu.

Keputusan tersebut memberi tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Bill English selepas Parti Konservatif pimpinannya memenangi 44.4 peratus undi pada pilihan raya kali ini berbanding 36 peratus undi Parti Buruh. –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.