Model ‘Playboy’ Ini Mahu Jadi Calon Presiden Rusia 2018

Wanita ini bakal memeriahkan lagi pemilihan presiden Rusia 2018 yang akan datang.

Digelar sebagai ‘Paris Hilton dari Rusia’, Ksenia Sobchak, 35, telah memaklumkan kepada penduduk Rusia akan keputusannya untuk mencalonkan diri pada pemilihan presiden Rusia nanti.

Sobchak selama ini dikenali sebagai bintang televisyen dan anak perempuan  kepada penasihat politik Presiden Russia, Vladimir Putin.

Popularitinya membuatkan Sobchak sering menjadi orang penting di majlis besar antarabangsa, sehingga dilantik sebagai bintang majalah Playboy.

Dalam sebuah wawancara dengan Glamour Russia, Sobchak mengatakan bahawa pencalonannya dalam  pemilihan presiden 2018 merupakan “projek utama”.

Menurut Sobchak, kerjayanya di dunia hiburan dan televisyen boleh membantunya di dunia politik.

Sobchak juga mengumumkan keputusannya untuk mencalonkan dirinya melalui sebuah surat terbuka kepada surat khabar kal Vedomosti.

Menurut RT News, dalam surat tersebut, Sobchak menjelaskan bahawa motivasinya untuk mencalonkan diri kerana keinginannya untuk pembaharuan pendidikan dan sistem kehakiman di negara itu.

Sobchak juga bercadang untuk mengembangkan peluang pekerjaan untuk wanita di Rusia

“Hampir 500 kerjaya utama di Rusia secara rasmi mengecualikan wanita. Gaji yang diperoleh pekerja wanita juga rata-rata semuanya 30 peratus lebih rendah daripada pekerja laki-laki,” katanya.

Mengenai latar belakangnya di dunia hiburan dan televisyen, Sobchak berkata ia dapat mempermudahkan dirinya untuk mendekati banyak tokoh elit politik Rusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.