Menjijikan! Pegawai Hospital Ini Telah Beratus Kali Setubuhi Badan Mayat Perempuan

Bukan hanya sekali atau dua kali, lelaki ini akhirnya mengaku sekurang-kurangnya 100 kali menyetubuhi jasad mayat perempuan di hospital tempat dia bekerja.

Kenneth Douglas (60) mengaku melakukan perbuatan terkutuknya itu ketika mabuk atau setelah mengambil dadah.

“Jika saya tidak minum apa-apa semasa bekerja, ia tidak akan berlaku),” kata Douglas seperti yang dipetik oleh Independent.co.uk.

Douglas yang bekerja sebagai pegawai mayat di Ohio, Amerika Syarikat, melakukan jenayah seksual semasa menjalankan tugas malam.

Pada tahun 1991 dan 1992, Douglas telah menyetubuhi tiga mayat wanita. Sehingga kesnya terdedah , sudah 100 mayat wanita yang menjadi mangsa perbuatannya selama 16 tahun terkahir.

Kejahatan yang dilakukan Douglas terbongkar ketika sperma dijumpai di tubuh mayat wanita bernama Range Karen (19) yang merupakan mangsa pembunuhan.

Kemudian datang tanggapan bahawa Range bukan hanya dibunuh tetapi juga diperkosa.

David Steffan, pembunuh itu, mengakui bahawa dia membunuh Range tetapi menolak dakwaan dia merogol mangsa.

Selepas ujian DNA, Douglas menjadi satu-satunya suspek. Tetapi, pada masa itu Douglas talah menghilangkan diri.

Bahkan kawasan tempat Douglas bekerja, Hamilton County, dituduh mengetahui kejahatan tesebut dan secara sengaja tidak melaporkannya. Tempat itu juga didakwa dan dikehendaki membayar cukai sebagai pampasan. Bagaimanapun, Hamilton County menolak permintaan itu.

“Hamilton County sepatutnya bertanggung jawab atas jenayah yang dilakukan pekerjanya,” kata Greg Hartmann, Presiden Wilayah Hamilton County, seperti dikutip dari Daily Mail pada 2014 silam.

Apabila ditangkap, Douglas mengaku pernah menyetubuhi jenazah Range pada tahun 1992.

Pada tahun 2012 dia ternyata juga pernah menyetubuhi jenazah April Hick, seorang wanita usia 24 tahun yang meninggal dunia selepas jatuh dari tingkap tingkat tiga.

Atas tuntutan semua pihak, terutamanya keluarga mayat yang menjadi mangsa penyalahgunaan, Douglas terpaksa dipenjarakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.