“Mati Pun Kami Tak Takut” – PPIM

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengakui menerima pelbagai ugutan susulan daripada usaha mereka membongkar pusat-pusat judi haram.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan NGO tersebut tidak takut terhadap sebarang ugutan mahu pun ancaman daripada mana-mana pihak.

“Kami memanggil sidang media ini untuk memberitahu mereka (sindiket judi haram) bahawa kami tidak takut, habis teruk pun mati dan kami tidak takut,” tegas Nadzim dalam sidang media di sini hari ini.

Pada masa yang sama, PPIM berharap masyarakat akan terus menyokong setiap usaha yang dibuat termasuk pihak berkuasa ke arah membanteras aktiviti judi haram.

“Berdasarkan tinjauan oleh Kementerian Wilayah, dua tahun lalu mencatatkan 600 pusat judi, kini jumlah tersebut sudah meningkat kepada lebih 3,000 pusat judi haram,” ujarnya.

Beliau berharap setiap anggota masyarakat menyalurkan maklumat dan teguh memberi sokongan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke arah melenyapkan pusat-pusat judi haram. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.