Kisah Gadis Cantik Dan Bijak Ini Mengakhiri Hidupnya Sangat Menyayat Hati

Walaupun telah dianugerahkan rupa paras yang cantik dan kemampuan akal yang bijak ,ternyata hal itu tidak membuatkan gadis berusia 23 tahun ini berasa bahagia.

Lidia Dragescu memutuskan untuk mengakhiri hidupnya tanpa sebarang tanda yang dilihat oleh keluarganya.

Pemergian Lidia telah meninggalkan kesan yang mendalam buat ibunya Isabela Dragescu, saudara kembar Vlad, dan adik Gabriel.

Isabela berkata anak perempuannya pernah memberitahunya tentang impiannya yang indah. “Malaikat datang dan memberinya poppy dan membawanya ke syurga, dan itu ternyata sangat indah,” kata Isabela.

Dua hari kemudian Lidia menjatuhkan dirinya di Whispering Gallery, atau bahagian dalam bangunan yang bulat dan terletak tepat di bawah kubah, di Gereja Katedral Santo Paulus, London, Inggeris.

Lidia telah pergi untuk selamanya setelah terjun dengan membalikkan badan dari ketinggian kira-kira 30 meter ke lantai marmar.

Kedua tangannya menggenggam kertas yang mengandungi mesej terakhir darinya. Sebelum itu, ketika hendak pergi ke kolej, Lidia dengan gembira mengucapkan selamat tinggal kepada ibu. Dia kemudian mengambil bas menuju ke Gereja Katedral St. Paul.

“Dia hendak tahu dan melihat sendiri dunia lain, dia fikir segala-galanya di dunia ini sangat teruk: dia memilih gereja katedral kerana dia mahu terus ke tangan Tuhan,” jelas Isabela. Isabela dan dua anaknya berasa sedih dan tidak faham mengapa Lidia telah membunuh diri. Padahal dia mempunyai segala-galanya dan tidak menunjukkan sebarang kemurungan.

Dia juga baru saja memulakan kuliahnya di jurusan bioperubatan di University of East London. Keluarganya yang hidup dalam keharmonian dan menyayangi satu sama lain tinggal di tingkat bawah sebuah apartmen di Romford. Mereka telah lima tahun meninggalkan negara asalnya, Romania,gara-gara ayahnya yang telah berlaku kasar.

Gadis yang bercita-cita menjadi doktor bedah otak itu tidak pernah mabuk atau cuba mengambil ubat-ubatan terlarang. DIa juga tidak mempunyai kekasih. Walaupun mempunyai beberapa kawan, Lidia lebih suka menghabiskan masa untuk menulis puisi, belajar dan membaca.

Biliknya yang bersih itu dipenuhi dengan buku-buku, dan meja disamping tempat tidur diikat dengan karya oleh Freud, Tolstoy dan ahli falsafah Perancis, Voltaire.

“Dia sangat tertarik pada otak. Menurutnya, sebagai manusia, kita perlu mengkaji lebih mendalam kerana penyelidikan pada otak selama ini masih kurang,” ungkap Isabela. “Dia seorang yang suka berfikir. Apabila dia bersama kita, ketika dia belajar dan membaca, sebenarnya dia sedang berada di dunia lain, dunianya sendiri,” tambahnya.

Lidia juga mempunyai semangat untuk mempelajari seni bina, dan dia telah lama terpesona dengan kesempurnaan bangunan Gereja Santo Paulus.

“Lidia sangat mengagumi keindahan dan setiap hari memberitahu saya bahawa dunia ini hodoh, kita hidup di empat dinding, mengatakan bahawa anda tidak dapat mencari keindahan di dunia ini, ini bukan keindahan sebenar,” kisah Isabela.

Sebenarnya, mesej yang ditulis dalam Bahasa Romania untuk ibunya pada nota yang dia ambil ketika dia bunuh diri berkata, “Saya harus melarikan diri dan saya tidak sabar untuk melihat apa yang ada di dunia lain, saya tahu bahawa anda akan berasa sedih dan kecewa, tapi jagan risau. Saya lebih baik sekarang, di tempat yang lebih baik “.

Untuk mesej yang ditulisnya dalam bahasa Inggeris, “Bagi semua yang melihat saya seperti ini saya minta maaf Semua orang tidak boleh datang untuk melihat jenazah di sini saya minta maaf kerana menunjukkan kepadamu kematianku yang mengerikan.”

Isabela mendedahkan bahawa Lidia sentiasa menjadi perhatian di mana sahaja dia pergi.”Semua mata ada padanya, dan Lidia sedar akan hal itu, tetapi dia tidak pernah mempunyai teman lelaki, dia selalu membawa saya ke mana-mana kerana dia tidak mahu dihampiri oleh mana-mana lelaki,” katanya.

“Dia tidak mahu kekasih, mungkin kerana ayahnya. Dia tidak boleh jatuh cinta dengan sesiapa. Dia tidak suka sesiapa. Dia tidak boleh berdiri di sekeliling lelaki. Saya tidak tahu kenapa.

Ibu Lidia juga menceritakan bahawa anak perempuannya yang gembira dan aktif berubah menjadi pendiam sejak berpindah ke England. Dia merasakan berpisah dengan suaminya yang sangat memberi tamparan besar terhadap Lidia kerana Lidia sangat menyayangi bapanya.

Lidia melihat ayahnya terakhir kali selepas lelaki itu meletupkan rumahnya sehingga hancur. “Anak-anak sangat terkejut. Ayah mereka tak pernah menyakiti mereka. Dia orang berpendidikan dan mempunyai ijazah, dan kini sudah berkahwin lagi,” katanya.

Lidia juga dianggap sebagai orang yang paling bijak dalam keluarganya. “Cara pemikiran Lidia selalu masuk akal, dan dia adalah orang yang paling bijak dalam keluarga saya. Ini bukan kemurungan, dan saya tidak faham kenapa dia melakukan ini,” kata Isabela.

Isabela pengsan apabila polis memaklumkan bahawa anak perempuannya telah meninggal dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.