Kejam! Ibu Muda Ini Panggang Dua Anaknya Dalam Oven Hingga Mati

Sadis dan kejam… Itulah kata-kata yang boleh menggambarkan perbuatan yang dilakukan seorang ibu di Atlanta, di Amerika Syarikat.

Ibu tersebut membunuh dua kanak-kanak kecil dengan cara yang sangat kejam iaitu dengan memasukkan anak-anaknya ke dalam oven, kemudian menyalakannya.

Wanita kejam itu, Lamora Williams, 24, didakwa telah membunuh dua anaknya, Keyante Penn dan Ja’Karter Williams yang berusia dua dan satu tahun.

Menurut penyiasat, pelaku yang merupakan ibu empat anak itu, memasukkan kedua-dua anaknya ke dalam oven kemudian menghidupkan suis.

Bukan setakat itu, dia juga menghantar rakaman tindakan menyeramkan itu kepada ayah kedua anaknya.

The Atlanta Journal Constitution melaporkan insiden itu berlaku antara tengah malam Khamis dan Jumaat minggu lepas,

Walaupun begitu, punca kematian dua kanak-kanak ini belum ditentukan kerana ia masih menunggu keputusan autopsi badan mereka.

Dikutip dari New York Post, pelaku menghubungi ayah anaknya, Jameel Penn, pada malam Jumaat untuk menunjukkan video kejadian itu.

Penn segera menghubungi polis.

“Saya tak boleh meluahkan rasa kehilangan Ja’karter, Keyante. Mereka dunia saya dan segala-galanya bagi saya. Saya sangat merasai kehilangan mereka,” kata bapa tersebut.

Williams kini dipenjara di penjara Fulton County.

Dia menafikan dakwaan itu dan mengaku menghantar anak-anaknya pada pengasuh sebelum menemui mereka sudah tidak bernyawa di rumah mereka.

Keluarga itu sendiri mengatakan bahawa Wiliams memang mengalami gangguan jiwa.

Dua  anaknya yang lain, yakni anak perempuan yang berumur enam tahun ditinggalkan  bersama keluarganya, sementara seorang lagi belum pasti kedudukannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.