‘Isteri Restu Saya Sertai GV4’ Kata Aqasha

Penyanyi dan pelakon Firdee Akassya Rosli, 35, atau lebih popular sebagai Aqasha memberitahu dia mendapat izin daripada keluarga dan isterinya untuk menyertai GegarVaganza 4 tahun ini.

Jelas pelakon filem Embun itu, ibunya menjadi individu yang paling gembira apabila mendapat tahu dia layak untuk menyertai program tersebut.

“Ibu bapa saya tahu kecintaan saya dalam dunia nyanyian dan ibu saya menjadi orang yang paling gembira dan teruja apabila dimaklumkan saya dapat menyertai GV4.

“Saya boleh bayangkan setiap minggu dia akan terpacak depan televisyen untuk menonton persembahan anak dia dan isteri saya pun sangat menyokong. Sudah tentu dia pun mengharapkan saya menang.

“Penyertaan saya dalam GV4 adalah usaha untuk membuktikan diri saya dan peminat bahawa saya masih mampu beraksi di pentas.

“Jika tahun lepas saya tidak dapat menyertai GV kerana ada komitmen dengan lakonan dan jadual bertindih.

“Namun, tahun ini peluang itu terbuka dan syukur saya dapat bertanding bersama penyanyi-penyanyi hebat dan tersohor tanah air,” katanya, lapor Gempak.

Sebelum terjun ke bidang lakonan, Aqasha terlebih dahulu menyinar dalam bidang seni suara. 

Malah, Aqasha pernah menghasilkan tiga buah album iaitu Cahaya Hati (2000), Impian (2002) dan Qashanova (2011).

Selain Aqasha, 11 bintang GV4 lain ialah Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Aqasha, Lan Kristal, Tia Jinbara, Hazami, Firman Siagian, dan Ferhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.