Bas Ekspres Terbalik, 47 Penumpang Selamat

KOTA TINGGI – Seramai 47 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, dua daripada mereka mengalami kecederaan.

Komander operasi kes itu, Pegawai Bomba Kanan ll Jaafar Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.47 pagi, lapor Sinar.

“Satu jentera bersama empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dikerahkan ke tempat kejadian.

“Operasi kini masih sedang dijalankan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.