Bangladesh Benarkan Pelarian Rohingya Terkandas Masuk

COX’S BAZAR – Beribu-ribu pelarian Islam Rohingya yang terkandas dekat sempadan Bangladesh minggu ini selepas melarikan diri dari Myanmar akhirnya dibenarkan memasuki kem-kem pelarian selepas melalui `pemeriksaan ketat’.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini bimbang apabila kira-kira 10,000 pelarian termasuk kanak-kanak dan warga emas yang kelaparan dan kekurangan air akibat perjalanan jauh telah dilarang memasuki sempadan negara itu dan terpaksa duduk di kawasan sawah padi.

Jurucakap Kawalan Sempadan Bangladesh (BGB), Mejar Iqbal Ahmed memberitahu AFP, pelarian baharu telah ditahan di Anjumanpara dekat sempadan bandar Ukhiya dan diperiksa secara teliti bagi menghalang kemasukan `pengunjung yang tidak dikehendaki’.

“Selepas menjalani pemeriksaan ketat, mereka akan dibawa ke kem Kutupalong dan akan menerima barangan asas dan kemudian dibawa ke kem lain,” katanya. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.