Viral Gambar Tikus: Pasaraya Lupuskan 63.8kg Cili Kering

KUALA NERUS  – Sebuah pasaraya di daerah ini melupuskan 63.8 kilogram cili kering untuk mengembalikan semula keyakinan pengguna, susulan penyebaran gambar tikus dalam longgokan cili kering di pasar raya itu dalam laman sosial pada Isnin lalu.

 

 

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu, Azlan Abd Samat berkata, lima petugas KPDNKK telah pergi ke pasaraya itu untuk memastikan kesahihan viral tersebut.

 

 

“Pihak pengurusan pasar raya itu memaklumkan telah melupuskan semua 63.8 kilogram stok cili kering yang masih berbaki.

 

 

“Pihak pengurusan juga memaklumkan mereka telah menukar kaedah penjualan cili kering dengan membungkusnya dalam bungkusan kecil dan tidak lagi secara terbuka di dalam kotak yang besar seperti sebelum ini,” katanya, lapor Bernama.

 

Azlan berkata pihaknya tidak boleh mengambil tindakan seperti mengenakan kompaun atau denda kerana ia di bawah penguatkuasaan Jabatan Kesihatan.

 

 

“Oleh itu, KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan selepas ini untuk melakukan pemeriksaan lebih kerap melibatkan kebersihan bahagian makanan di pasar raya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.