Video: Pergi Mereput, Jangan Marah Nanti Saya Hantar ‘Mat Cangkul’ – TMJ

KUALA LUMPUR – Selepas kekalahan JDT kepada pasukan Bengaluru FC dalam separuh akhir Piala AFC, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menyelar sikap penyokong bola sepak tanah air yang bersorak dan menyokong pasukan dari India itu.

 

Melalui satu muat naik video di akaun Facebook Johor Southern Tigers yang berdurasi 2 minit 5 saat, TMJ meluahkan rasa hairannya apabila ramai penyokong dari Malaysia bersorak kegembiraan selepas pasukan dari India menang dalam perlawanaan tersebut.

 

“Saya tak tahu kenapa orang nak sibuk sangat, hari ini saya nampak ramai rakyat Malaysia jadi rakyat India pula macam happy sangat sedangkan kita pasukan JDT yang mewakili negara.

 

“Tetapi sikap lalang ini tunjuk sikap Malaysia ini macam mana,” katanya dalam video tersebut.

 

Justeru, beliau memberi ‘amaran’ kepada penyokong-penyokong bola sepak tanah air yang gembira dengan kekalahan JDT semalam agar berdiam diri atau terpaksa berdepan dengan ‘mat cangkul’ yang akan mendiamkan mereka.

 

“Kalau orang nak sakit hati, mereput la, peduli apa saya.

 

“Yang lain jangan cakap banyak, kalau cakap banyak saya hantar Mat Cangkul lain kali,” ujarnya secara berjenaka tapi dengan wajah serius.

 

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan ambil peduli tentang kritikan yang dilemparkan kepada pasukan JDT kerana pasukan tersebut telah membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang terbaik di Malaysia.

 

“Bagi kita ada kelab yang letak keutamaan pada Piala Malaysia, ada yang letak keutamaan pada piala AFC, tapi bagi saya dah berada dalam semi final dah cukup bagus, saya tak boleh complain saya hanya boleh bersyukur tiga piala tahun ini.

 

“Saya tak peduli apa orang lain cakap, kami adalah pasukan yang paling success setakat ini dalam dan di luar padang dan pasukan yang terbaik dalam negara,” katanya lagi.

 

Terdahulu, impian kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mempertahankan kejuaraan Piala AFC tidak kesampaian selepas tewas 1-3 kepada Bengaluru FC pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore, India, malam tadi. – SuaraTV

 

 

 

 

One thought on “Video: Pergi Mereput, Jangan Marah Nanti Saya Hantar ‘Mat Cangkul’ – TMJ

  • October 21, 2016 at 7:41 am
    Permalink

    Aslmkm .. apa nak heran ,.. Bangsa Malaysia ni memang “reput” sebab hakikatnya dalam Bangsa Malaysia ada bangsa India .. ada Bangsa Cina dan banyak bangsa-bangsa lain !!!! sepatutnya dalam satu Negara Bangsa Malaysia yang kukuh patut hanya ada beberapa kaum yang bersatu membentuk Bangsa Malaysia …… akibatnya (contoh) bila pasukan Negara India menang … bangsa India di Malaysia pun bersorak gembira … HERAN !!??? itu hakikat ….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.